Sort by
Sort by

Ikon Pek Hadapan

English | Bahasa Malaysia | Mandarin
 
NESTLÉ BLISS

Apakah sebenarnya Ikon Pek Hadapan untuk Tenaga?

Ikon Pek Hadapan untuk Tenaga merupakan label di depan pek yang menunjukkan jumlah tenaga (dalam kcal) yang terdapat dalam satu hidangan makanan tersebut. Ia juga menunjukkan peratusan jumlah tenaga hidangan tersebut daripada keperluan kalori harian (2000 kcal) yang disyorkan untuk seorang individu. Ikon ini berguna kerana ia membantu kita mengawal pengambilan tenaga dan memudahkan kita merancang diet yang seimbang dan sihat.
 

Bagaimana Ikon Pek Hadapan untuk Tenaga boleh membantu saya dalam merancang diet yang lebih seimbang?

Secara purata, seorang individu memerlukan 2000 kcal sehari. Satu hidangan minuman ini mengandungi 92 kcal, kira-kira 5% daripada keperluan tenaga harian yang disyorkan. Jadi untuk memenuhi 100% keperluan tenaga, anda perlulah mengambil makanan yang terdiri daripada pelbagai jenis dalam sehari.
Front of Pack Labelling
Petua Berguna
Ikon Pek Hadapan untuk Tenaga digunakan sebagai panduan untuk merancang diet anda. Sebaik-baiknya rancang pengambilan tenaga seharian anda supaya tidak melebihi 2000 kcal. Apa yang penting, anda haruslah sentiasa peka mengenai apa yang anda makan dan pastikannya seimbang sepanjang hari.

Adakah semua individu mempunyai keperluan tenaga yang sama?

Keperluan tenaga berbeza antara individu dan ia bergantung pada umur, jantina dan aktiviti yang dilakukan sepanjang hari. Ini bermakna, ia berbeza antara lelaki dan wanita, serta mereka yang lebih aktif memerlukan lebih tenaga berbanding mereka yang kurang aktif. Selain itu, kanak-kanak berumur 5 hingga 10 tahun juga mungkin memerlukan kurang tenaga berbanding dengan orang dewasa.

Ikon Pek Hadapan untuk Tenaga adalah petunjuk yang baik bagi kandungan tenaga sesuatu produk makanan dan membantu anda merancang diet dengan lebih mudah.

Saksikan video ini dan mulalah membuat pilihan yang lebih sihat untuk anda dan keluarga.
 

Muat turun panduan versi poket