Sort by
Sort by

Perhatikan pek

English | Bahasa Malaysia
 
Apabila berhadapan dengan berbagai-bagai jenama produk di kedai, anda pasti ragu-ragu untuk memilih jenama produk yang boleh memenuhi keperluan pemakanan anda. Usah keliru lagi. Anda cuma perlu perhatikan Panel Maklumat Pemakanan (NIP) pada belakang pek produk. NIP adalah jadual yang menyenaraikan jumlah tenaga dan nutrien yang terkandung di dalam sesuatu produk makanan. Gunakan maklumat ini untuk membuat perbandingan di antara dua jenama berlainan untuk jenis produk yang sama dan seterusnya memilih jenama yang baik untuk keperluan pemakanan anda.
 
Senarai nutrien.Senarai ini menunjukkan jumlah tenaga, karbohidrat, protein dan lemak yang terkandung dalam sesuatu produk. Kadang-kala, vitamin dan mineral turut dinyatakan. Senarai ini membantu anda membuat perbandingan kandungan nutrien di antara dua atau lebih produk.
Jumlah nutrien bagi setiap 100g. Ia menunjukkan jumlah tenaga dan nutrien yang terkandung dalam setiap 100g (atau 100ml untuk minuman) produk itu. Gunakan maklumat ini untuk membuat perbandingan di antara produk-produk. Menurut NIP yang terpapar, anda akan memperoleh 11mg zat besi daripada 100g NESTUM Fruits.
Saiz hidangan. Pertama, semak saiz hidangan dan jumlah hidangan daripada satu pek produk yang tersenarai dalam Panel Maklumat Pemakanan (NIP).
Jumlah nutrien bagi setiap hidangan. Ia menunjukkan jumlah tenaga dan nutrien yang terkandung dalam setiap hidangan produk. Maklumat ini boleh digunakan untuk membantu anda merancang hidangan makanan harian anda. Menurut NIP, anda akan memperoleh 3.1mg zat besi daripada satu hidangan (28g) NESTUM Fruits.
 
Apabila menggunakan NIP untuk membandingkan produk-produk, semak jumlah yang terkandung dalam 100mg atau 100ml produk itu kerana saiz hidangan mungkin berbeza di antara jenama-jenama yang berlainan.

Ingat! Buatlah pilihan anda berdasarkan jumlah nutrien keseluruhan yang terkandung dalam makanan itu dan bukan berdasarkan satu atau dua nutrien sahaja. Contohnya, sesetengah produk yang rendah lemak mungkin tinggi dalam kandungan gula. Jika anda memilihnya berdasarkan dakwaan rendah lemak sahaja, anda mungkin terlebih pengambilan gula!