Sort by
Sort by

Notis Privasi

English | Bahasa Malaysia

Klik di sini untuk dapatkan terma dan syarat laman web Nestlé.

Skop notis ini

Sila baca privasi notis ("Notis") ini dengan cermat untuk memahami polisi dan amalan kami mengenai Data Peribadi anda dan bagaimana Kami menggunakannya. Notis ini terpakai kepada individu-individu sebagai pengguna yang berinteraksi dengan Nestlé (“Anda”). Notis ini menerangkan bagaimana Data Peribadi anda diambil, digunakan dan didedahkan oleh Nestlé (Nestlé Products Sdn. Bhd. dan Cereal Partners (Malaysia) Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitan seperti yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016) (“Nestlé, “Kami”). Ia juga menerangkan bagaimana anda boleh mengakses dan mengemas kini Data Peribadi anda dan membuat pilihan yang tertentu tentang bagaimana Data Peribadi anda digunakan.

Data Peribadi merujuk kepada maklumat yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda secara sendiri atau melalui gabungan data yang Kami peroleh atau mempunyai akses terhadap data tersebut.

Notis ini merangkumi aktiviti-aktiviti pengumpulan data secara atas dan luar talian, termasuk Data Peribadi yang kami peroleh melalui pelbagai saluran seperti laman web, aplikasi, rangkaian sosial pihak ketiga, Perkhidmatan Perhubungan Pelanggan, tempat jualan langsung, kempen, peraduan dan acara-acara yang dianjurkan. Sila maklum bahawa Kami mungkin menggabungkan data peribadi daripada sumber-sumber yang berlainan (laman web, luar talian, kempen, acara atau peraduan). Kami juga menggabungkan Data Peribadi yang diperoleh daripada entiti-entiti lain Nestlé atau rakan kongsi Nestlé. Sila rujuk Seksyen 9 untuk maklumat lanjut bagaimana untuk membantah perkara ini.

Dengan menggunakan laman web, aplikasi atau dengan cara lain memberikan Data Peribadi Anda kepada Kami, anda bersetuju terhadap amalan-amalan yang dinyatakan dalam Notis ini. Sekiranya anda tidak bersetuju terhadap Notis ini, sila jangan gunakan laman web, aplikasi atau dengan cara lain memberikan Data Peribadi anda kepada Kami. Notis ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa (rujuk Seksyen 11). 

Notis ini memberikan maklumat penting dalam perkara-perkara berikut:

  1. Sumber data peribadi
  2. Data peribadi anda yang kami peroleh dan bagaimana kami mendapatkannya
  3. Data peribadi kanak-kanak
  4. Cookies / teknologi yang serupa, fail log dan web beacons
  5. Penggunaan data peribadi anda
  6. Pendedahan data peribadi anda
  7. Penyimpanan data peribadi anda
  8. Pendedahan, penyimpanan dan/atau pemindahan data peribadi anda
  9. Hak anda
  10. Pilihan anda tentang bagaimana kami menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda
  11. Perubahan pada notis kami
  12. Pengawal data dan hubungi kami

1. Sumber data peribadi

 

Notis ini terpakai kepada Data Peribadi yang Kami kumpul daripada atau mengenai anda melalui cara-cara yang diterangkan di bawah (rujuk Seksyen 2), daripada sumber-sumber berikut:

Laman web Nestlé. Laman web pengguna yang dikendalikan oleh, atau untuk Nestlé, termasuk laman-laman web yang Kami kendalikan melalui domain/URL Kami sendiri dan laman web mini Kami yang dikendalikan melalui rangkaian sosial pihak ketiga seperti Facebook atau Instagram ("Laman Web").

Laman Mobil/aplikasi mudah alih Nestlé. Laman web/aplikasi mudah alih Nestlé untuk pengguna yang dikendalikan oleh atau untuk Nestlé seperti aplikasi telefon pintar.

E-mel, teks dan mesej-mesej elektronik yang lain. Interaksi melalui komunikasi elektronik antara anda dan Nestlé.

Nestlé PPP. Komunikasi dengan Pusat Perkhidmatan Pelanggan (“PPP”) Kami.

Borang pendaftaran luar talian. Pendaftaran melalui borang yang dicetak atau secara digital dan berkaitan yang Kami kumpul melalui surat menyurat, demonstrasi produk di kedai, pelbagai pertandingan, promosi dan acara-acara lain.

Interaksi Pengiklanan. Interaksi melalui iklan-iklan kami (cth., sekiranya anda berinteraksi dengan iklan kami pada laman web pihak ketiga, kami mungkin akan menerima maklumat mengenai interaksi tersebut.

Data yang Kami cipta. Dalam masa kami berinteraksi dengan anda, Kami mungkin akan mencipta Data Peribadi berkenaan anda (cth. Rekod pembelian-pembelian anda melalui Laman Web kami).

Data daripada sumber-sumber lain. Rangkaian sosial pihak ketiga (cth. seperti Facebook dan Google) atau penyelidikan pasaran (sekiranya maklumbalas tidak diberikan berdasarkan anonimiti), gabungan data pihak ketiga, rakan kongsi promosi, sumber awam dan data yang diterima apabila Kami mengambil alih syarikat-syarikat lain.

Acara-Acara Di Lapangan Nestlé. Mana-mana acara, kempen atau promosi di lapangan yang dikendalikan oleh Kami.

Return to top

2. Data peribadi anda yang kami peroleh dan bagaimana kami mendapatkannya

 

Bergantung bagaimana anda berinteraksi dengan Nestlé (secara atas talian, luar talian, melalui telefon, dan lain-lain), Kami mengumpul pelbagai jenis maklumat yang dapat mengenal pasti diri anda secara sendiri daripada anda, termasuk seperti yang dinyatakan di bawah:

Maklumat perhubungan peribadi. Ini termasuk sebarang maklumat yang anda berikan kepada Kami yang membolehkan kami mengenal pasti diri anda dan untuk menghubungi anda, seperti nama, alamat pos, alamat e-mel, butiran rangkaian sosial, nombor kad pengenalan atau paspot atau nombor telefon.

Maklumat log masuk akaun. Sebarang maklumat yang diperlukan untuk memberi akses kepada anda untuk mengakses masuk akaun anda. Contohnya termasuk ID log masuk/alamat e-mel, nama skrin, kata laluan dalam bentuk tidak boleh dipulihkan dan/atau soalan dan jawapan keselamatan.

Maklumat demografi dan minat. Sebarang maklumat yang menerangkan ciri-ciri demografi atau tingkah laku anda. Contoh-contohnya termasuk tarikh lahir, umur atau lingkungan umur, jantina, lokasi geografi (cth: poskod), produk-produk kegemaran, hobi dan minat serta maklumat isi rumah atau gaya hidup.

Maklumat dari komputer/peranti mudah alih. Sebarang maklumat berkenaan sistem komputer atau peranti teknologi lain yang anda gunakan untuk mengakses salah satu daripada laman web atau aplikasi Kami, seperti Protokol Internet (IP) yang digunakan untuk menyambung komputer atau peranti anda dengan Internet, jenis sistem pengendalian dan jenis pelayar web dan versinya. Sekiranya anda mengakses laman web atau aplikasi Nestlé melalui peranti mudah alih seperti telefon pintar, maklumat yang dikumpul juga adalah termasuk, ID peranti unik telefon anda, ID pengiklanan, geo-lokasi, dan lain-lain data peranti mudah alih yang sama.

Laman web/maklumat penggunaan komunikasi. Semasa anda melayari dan berinteraksi dengan laman web kami atau surat berita, teknologi pengumpulan data automatik akan digunakan untuk mengumpul maklumat tertentu berkenaan tindakan anda. Ini termasuk maklumat seperti rangkaian manakah yang anda klik, laman atau kandungan manakah yang anda lihat dan untuk berapa lama, dan maklumat lain yang serupa dan statistik tentang interaksi anda seperti masa respon terhadap kandungan, kesilapan muat turun dan tempoh lawatan ke halaman tertentu. Maklumat ini diambil dengan menggunakan teknologi automatik seperti cookies dan web beacons, dan juga dikumpul melalui penggunaan perkhidmatan penjejakan pihak ketiga bagi tujuan analitik dan pemasaran. Anda mempunyai hak untuk membantah penggunaan teknologi tersebut, untuk maklumat lanjut sila rujuk Seksyen 4.

Penyelidikan Pasaran & maklum balas pengguna. Sebarang maklumat yang anda kongsikan secara sukarela dengan Kami mengenai pengalaman anda menggunakan produk dan perkhidmatan kami.

Kandungan Janaan-Pengguna.Sebarang kandungan yang dibuat oleh anda dan kemudian dikongsi dengan Kami melalui rangkaian sosial pihak ketiga atau dimuat naik disalah satu laman web atau aplikasi kami termasuk rangkaian sosial seperti Facebook atau Instagram. Contohnya termasuk gambar, video, cerita peribadi atau media atau kandungan lain yang serupa. Sekiranya dibenarkan, Kami mengumpul dan menerbitkan kandungan pengguna yang dihasilkan berkaitan dengan pelbagai aktiviti termasuk pelbagai pertandingan dan promosi lain, ciri-ciri laman web komuniti, penglibatan pengguna, dan rangkaian sosial pihak ketiga.

Maklumat rangkaian sosial pihak ketiga. Sebarang maklumat yang dikongsikan secara terbuka oleh anda di rangkaian sosial pihak ketiga atau maklumat yang merupakan sebahagian daripada profil anda di rangkaian sosial pihak ketiga (seperti Facebook) dan di mana anda membenarkan rangkaian sosial pihak ketiga untuk berkongsi dengan Kami. Contohnya termasuk maklumat asas akaun anda (seperti nama, alamat e-mel, jantina, hari jadi, bandar semasa, gambar profil, ID pengguna, senarai rakan-rakan, dan lain-lain) dan apa-apa maklumat tambahan lain atau aktiviti di rangkaian sosial pihak ketiga yang dibenarkan untuk dikongsi. Kami menerima maklumat profil rangkaian sosial anda (atau sebahagian daripadanya) setiap kali anda memuat turun atau berinteraksi dengan aplikasi web Nestlé di rangkaian sosial seperti Facebook, setiap kali anda menggunakan ciri rangkaian sosial yang bersepadu dalam laman Nestlé (seperti Facebook Connect) atau setiap kali anda berinteraksi dengan Kami melalui rangkaian sosial pihak ketiga. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Nestlé memperoleh maklumat anda daripada rangkaian sosial pihak ketiga, atau untuk memilih keluar perkongsian maklumat rangkaian sosial tersebut, sila layari laman web rangkaian sosial yang berkaitan.

Maklumat Pembayaran dan Kewangan. Sebarang maklumat yang Kami perlukan untuk memenuhi pesanan anda atau yang anda gunakan untuk membuat pembelian seperti butiran kad debit atau kad kredit (nama pemegang kad, nombor kad, tarikh luput, dan lain-lain) atau lain-lain bentuk pembayaran (seperti yang disediakan). Dalam mana-mana kes, Kami atau pengendali proses pembayaran kami mengendalikan pembayaran dan maklumat kewangan dengan cara yang mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan dan piawaian keselamatan yang terpakai.

Panggilan ke PPP. Komunikasi dengan PPP akan direkod atau didengar, mengikut undang-undang terpakai untuk keperluan operasi tempatan (contohnya untuk tujuan kualiti atau latihan). Butiran kad pembayaran tidak akan direkod. Seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang, anda akan dimaklumkan tentang rakaman tersebut pada awal panggilan.

Data Peribadi Sensitif. Ini termasuklah maklumat berkenaan keadaan kesihatan fizikal atau mental dan kepercayaan agama anda. Di mana terdapat keperluan untuk memproses data peribadi sensitif anda atas sebarang sebab, Kami bergantung kepada pernyataan persutujuan anda untuk sebarang pemprosesan secara sukarela (contohnya bagi tujuan pemasaran). Sekiranya Kami memproses data peribadi sensitif anda bagi tujuan-tujuan lain, kami akan bergantung pada asas perundangan: (i) pengesanan dan pencegahan jenayah (termasuklah pencegahan penipuan); dan (ii) kepatuhan terhadap undang-undang terpakai (contohnya untuk mematuhi laporan kepelbagaian kami).

Gambar atau Video. Ini termasuklah gambar-gambar atau video-video anda yang diambil atau direkod sewaktu Acara-Acara Di Lapangan Nestlé.

Return to top

3. Data peribadi kanak-kanak

 

Kami tidak dengan sengaja meminta atau mengumpul data peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Sekiranya kami mengetahui bahawa kami dengan secara tidak sengaja mengumpul data peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, Kami akan dengan segera memadam data peribadi kanak-kanak tersebut daripada rekod kami. Bagaimanapun, Nestlé mungkin mengumpul data peribadi mengenai kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dengan mendapatkan persetujuan nyata daripada keluarga atau penjaganya. Dalam situasi ini, anda mengesahkan bahawa anda telah dilantik untuk bertindak bagi pihak mereka untuk memproses data peribadi mereka menurut notis privasi ini.

Return to top

4. Cookies/teknologi yang serupa, fail log dan web beacons

 

Apakah cookies?

Cookies adalah fail teks yang diletakkan pada komputer oleh laman web yang anda layari. Cookies akan kemudiannya dihantar balik ke laman web asal pada setiap kunjungan berikutnya, atau kepada laman web lain yang mengenali cookies tersebut. Ia digunakan untuk memastikan laman web berfungsi, berfungsi dengan cekap, dan juga untuk memberikan maklumat kepada pemilik laman web. 

Kami menggunakan terma “cookies” pada notis ini untuk merujuk juga kepada semua teknologi-teknologi yang serupa, seperti web beacon SDK, fail log dan tag piksel.

Apakah jenis-jenis cookies yang digunakan pada Laman Web atau aplikasi Nestlé ?
Anda boleh merujuk cookies yang digunakan pada laman web ini di sini.

Kami menggunakan jenis-jenis cookies ini di Laman Web atau aplikasi Nestlé:

 
 

Kategori-Kategori Cookies

Tempoh Masa

Cookies fungsi laman Web
Cookies ini membenarkan anda untuk melayari laman web dan menggunakan ciri-ciri pada laman web seperti pendaftaran, log masuk dan menetapkan produk kegemaran. Sekiranya anda menutup cookies ini, sebahagian daripada laman web mungkin tidak akan berfungsi, sebagai contoh, menambah barangan ke dalam bakul dan meneruskan untuk pembayaran

Selama mana diperlukan

Cookies analitik laman web
Cookies ini membenarkan kami untuk mengukur dan menganalisis bagaimana anda menggunakan laman web, aplikasi dan kemudahan mudah alih, untuk meningkatkan prestasi fungsi dan pengalaman anda

90 hari

Cookies pilihan pelanggan
Apabila anda melayari laman web kami, cookies ini akan mengingat pilihan anda (seperti bahasa atau lokasi anda), dan maklumat lain yang anda pilih untuk berikan kepada kami, supaya kami boleh membantu menyesuaikan pengalaman anda dan membuatkan ia lebih relevan dan mengikut peribadi anda.

90 hari

Cookies pemasaran atau sasaran
Cookies ini digunakan untuk menghantar iklan-iklan yang relevan kepada anda. Ianya juga menghadkan masa anda melihat iklan dan membantu kami mengukur keberkesanan kempen pemasaran kami. Kami juga menggunakan maklumat yang diperoleh daripada cookies ini untuk menghantar iklan yang mungkin menarik minat anda berdasarkan kelakuan atas talian anda yang lepas. Kami mungkin berkongsi maklumat ini dengan pihak-pihak lain, termasuklah rakan niaga kami

90 hari

Cookies media sosial
Cookies ini digunakan apabila anda berkongsi sebarang maklumat menggunakan butang perkongsian sosial media pada laman web Nestlé. Rangkaian sosial akan merekod tindakan ini. Maklumat ini akan dihubungkan dengan aktiviti-aktiviti penyasaran/pemasaran.

90 hari

 

Urus Cookies pilihan anda

Anda boleh mengakses dan menukar cookies pilihan anda pada bila-bila masa di sini.

Anda juga boleh memilih untuk keluar daripada cookies melalui laman web berikut: http://www.aboutads.info/choices/#completed atau http://www.youronlinechoices.eu/

Return to top

5. Penggunaan data peribadi anda

 

Perenggan-perenggan berikut menerangkan tujuan-tujuan Kami mengumpul dan menggunakan Data Peribadi anda dan jenis-jenis Data Peribadi yang dikumpul bagi tujuan-tujuan tertentu. Sila ambil perhatian bahawa tidak semua kegunaan di bawah adalah relevan kepada setiap individu.

 

Penggunaan Data Peribadi anda

Sebab

Kepentingan

Khidmat Pelanggan. Kami menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan perkhidmatan pelanggan, termasuk untuk menjawab pertanyaan anda. Ini kebiasaannya memerlukan penggunaan maklumat peribadi tertentu dan maklumat berkenaan pertanyaan anda (cth., status pesanan, isu teknikal, soalan/aduan produk, soalan umum, dan lain-lain).

  • Memenuhi kewajipan kontrak.
  • Kewajipan perundangan
  • Kepentingan sah kami
  • Memperbaiki dan membangunkan produk dan servis baru
  • Menjadi lebih cekap

Peraduan, pemasaran dan promosi-promosi lain. Dengan kebenaran anda (sekiranya diperlukan), Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk menyediakan maklumat mengenai barang-barang atau perkhidmatan (cth. komunikasi pemasaran, kempen atau promosi atau peraduan). Ini boleh dilakukan melalui apa-apa cara seperti e-mel, iklan, SMS, panggilan telefon, aplikasi pemesanan segera (instant messaging applications) seperti WhatsApp etc dan surat menyurat setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai. Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi termasuk nama, nombor kad pengenalan atau maklumat perhubungan peribadi untuk mengenalpasti anda dan Gambar atau Video anda kepada umum apabila anda mengambil bahagian dalam kempen, acara, atau peraduan di Acara-Acara Lapangan Nestlé. Sesetengah kempen dan promosi Kami dijalankan pada laman web dan/atau rangkaian sosial pihak ketiga. Penggunaan Data Peribadi anda ini adalah secara sukarela, di mana anda boleh membatalkan (atau menarik kembali kebenaran di sesetengah negara) pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan ini. Untuk maklumat terperinci tentang bagaimana untuk mengubahsuai pilihan anda berkenaan komunikasi pemasaran, sila rujuk Seksyen 9 dan 10 di bawah. Untuk maklumat berkenaan peraduan dan promosi lain, sila rujuk peraturan rasmi atau maklumat yang disertakan bersama setiap peraduan/promosi.

  • Dengan izin anda (bila perlu)
  • Memenuhi kewajipan kontrak.
  • Kepentingan sah kami
  • Mengenal pasti produk dan servis yang mungkin menarik minat anda.
  • Menakrifkan jenis pelanggan untuk produk dan servis baru.

Rangkaian sosial pihak ketiga. Kami menggunakan Data Peribadi anda apabila anda berinteraksi menggunakan rangkaian sosial pihak ketiga, seperti fungsi "Like" untuk menyediakan iklan-iklan dan berhubung dengan anda di rangkaian sosial. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana ciri-ciri ini berfungsi, data profil anda yang Kami perolehi, dan mengetahui bagaimana untuk menarik diri dengan merujuk kepada notis privasi rangkaian sosial pihak ketiga yang berkaitan.

 

Personalisasi (di luar dan atas talian). Dengan kebenaran anda (sekiranya diperlukan), Kami menggunakan Data Peribadi anda (i) untuk menganalisis keutamaan dan tabiat anda, (ii) untuk menjangka keperluan anda berdasarkan analisis profil anda, (iii) untuk meningkatkan dan mempersonalisasikan pengalaman anda di laman web dan aplikasi kami, (iv) untuk memastikan bahawa kandungan laman web/aplikasi kami dioptimumkan untuk anda dan komputer atau peranti anda; (v) untuk memberikan iklan yang disasarkan dan (vi) untuk membolehkan anda mengambil bahagian dalam ciri-ciri interaktif, apabila anda memilih untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, Kami ingat alamat ID log masuk/e-mel atau nama skrin supaya anda boleh log masuk dengan segera apabila melawat laman web kami atau dengan mudah boleh mendapatkan barangan yang anda letakkan di dalam bakul beli-belah anda sebelum ini. Berdasarkan maklumat seperti ini, dan dengan kebenaran anda (sekiranya diperlukan), Kami juga menunjukkan kandungan atau promosi Nestlé tertentu yang bersesuaian dengan minat anda. Penggunaan Data Peribadi anda ini adalah secara sukarela, di mana anda boleh membatalkan pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan ini. Untuk maklumat terperinci mengenai bagaimana untuk memilih keluar sila rujuk Seksyen 10 di bawah.

  • Dengan izin anda (bila perlu)
  • Kepentingan sah kami
  • Mengenal pasti produk dan servis yang mungkin menarik minat anda.
  • Menakrifkan jenis pelanggan untuk produk dan servis baru.

Memenuhi pesanan. Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk memproses dan menghantar pesanan-pesanan, memaklumkan status pesanan anda, mendapatkan alamat yang betul dan melakukan aktiviti-aktiviti pengesahan identiti dan pengesanan penipuan yang lain. Ini melibatkan penggunaan Data Peribadi tertentu dan maklumat pembayaran. Ini boleh dilakukan melalui apa-apa cara seperti e-mel, iklan, SMS, panggilan telefon, aplikasi pemesanan segera (instant messaging applications) seperti WhatsApp etc dan surat menyurat setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai.

 

Tujuan umum lain (cth., penyelidikan dalaman, analisis, keselamatan). Seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang terpakai, Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk pelbagai tujuan perniagaan am lain seperti kajian pemasaran dalaman dan demografi dan untuk mengkaji keberkesanan kempen pengiklanan. Sekiranya anda mempunyai akaun Nestlé, Kami mempunyai hak untuk menyelaraskan akaun tersebut ke dalam satu akaun tunggal. Kami juga akan menggunakan Data Peribadi anda untuk pengurusan dan operasi komunikasi, IT dan sistem keselamatan Kami.

  • Memenuhi kewajipan kontrak
  • Dengan izin anda (bila perlu)
  • Kewajipan perundangan
  • Kepentingan sah kami
  • Memperbaiki dan membangunkan produk dan servis baru.
  • Menjadi lebih cekap
  • Melindungi aset dan pekerja Kami

Sebab-sebab undang-undang atau penggabungan/pengambilalihan. Sekiranya Nestlé atau asetnya diperoleh oleh, atau bergabung dengan syarikat lain termasuk melalui kebankrapan, Kami akan berkongsi Data Peribadi anda dengan mana-mana pengganti Kami. Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga (i) apabila dikehendaki oleh undang-undang terpakai; (ii) sebagai respon kepada tindakan undang-undang; (iii) sebagai tindak balas kepada permintaan daripada agensi penguatkuasaan undang-undang yang berwibawa; (iv) untuk melindungi hak-hak, privasi, keselamatan atau harta kami, atau orang awam; atau (v) untuk menguatkuasakan terma mana-mana perjanjian atau syarat-syarat laman web kami.

  • Kewajipan perundangan
  • Kepentingan sah kami
  • Pematuhan terhadap kewajipan undang-undang
  • Melindungi aset dan pekerja Kami

Return to top

6. Pendedahan data peribadi anda

 

Selain daripada entiti-entiti Nestlé yang dinyatakan di seksyen pengawal data & hubungi kami (rujuk Seksyen 12), Kami berkongsi Data Peribadi anda dengan organisasi-organisasi pihak ketiga berikut:

Pembekal perkhidmatan. Ini adalah syarikat-syarikat luar yang Kami gunakan untuk membantu menjalankan perniagaan kami (cth. memenuhi pesanan, memproses pembayaran, mengesan penipuan dan pengesahan identiti, operasi laman web, syarikat penyelidikan pasaran, perkhidmatan sokongan, promosi, pembangunan laman web, analisis data, PPP, dan lain-lain). Pembekal perkhidmatan dan kakitangan yang terpilih hanya dibenarkan untuk mengakses dan menggunakan Data Peribadi anda bagi pihak Kami untuk tugas-tugas tertentu yang diminta untuk dijalankan berdasarkan arahan Kami dan dikehendaki menyimpan Data Peribadi anda secara sulit dan selamat.

Agensi laporan kredit / pemungut hutang. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, agensi laporan kredit dan pemungut hutang adalah syarikat-syarikat luar yang Kami gunakan untuk membantu Kami mengesahkan kelayakan kredit anda (khususnya untuk pesanan dengan invois) atau untuk mengumpul invois tertunggak.

Syarikat-syarikat pihak ketiga yang menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran mereka sendiri. Kecuali dalam situasi di mana anda telah memberi kebenaran, Kami tidak melesenkan atau menjual Data Peribadi anda kepada syarikat-syarikat pihak ketiga untuk tujuan pemasaran mereka sendiri. Identiti mereka akan didedahkan semasa mendapatkan kebenaran anda.

Penerima-penerima pihak ketiga menggunakan Data Peribadi atas sebab-sebab undang-undang atau disebabkan oleh penggabungan/pengambilalihan. Kami akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga atas sebab-sebab undang-undang atau dalam konteks suatu pemerolehan atau penggabungan (rujuk seksyen 5 untuk maklumat lanjut).

Return to top

7. Penyimpanan data peribadi anda

 

Seperti yang diperuntukkan undang-undang terpakai, Kami akan menggunakan Data Peribadi anda untuk tempoh selama yang diperlukan bagi memenuhi tujuan di mana Data Peribadi anda dikumpulkan (seperti yang dinyatakan di Seksyen 5 di atas) atau untuk mematuhi keperluan undang-undang yang berkenaan. Data peribadi yang digunakan untuk menyediakan anda dengan pengalaman peribadi (rujuk Seksyen 5 di atas untuk maklumat lanjut) akan disimpan untuk tempoh selama yang dibenarkan oleh undang-undang.

Return to top

8. Pendedahan, penyimpanan dan/atau pemindahan data peribadi anda

 

Kami menggunakan langkah-langkah yang munasabah (seperti yang diterangkan di bawah) untuk menyimpan Data Peribadi anda secara rahsia dan selamat. Sila maklum, bagaimanapun, perlindungan ini tidak terpakai kepada maklumat yang anda kongsi di tempat awam seperti di rangkaian sosial pihak ketiga.

Individu yang boleh mengakses Data Peribadi anda. Data peribadi anda akan diproses oleh kakitangan atau ajen-ajen yang diberi kuasa oleh Kami, hanya setakat yang perlu dan perkara asas sahaja, bergantung kepada tujuan tertentu Data Peribadi anda dikumpulkan

Langkah-langkah yang diambil dalam persekitaran operasi. Kami menyimpan Data Peribadi anda dalam persekitaran operasi yang menggunakan langkah-langkah keselamatan yang munasabah untuk menghalang akses yang tidak dibenarkan. Kami mengikuti piawaian yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi. Penghantaran maklumat melalui Internet, malangnya, adalah tidak sepenuhnya selamat dan walaupun Kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi maklumat peribadi anda, kami tidak akan dapat menjamin keselamatan data tersebut semasa penghantaran melalui laman web/aplikasi Kami.

Langkah-langkah yang perlu anda ambil. Adalah amat penting untuk anda juga memainkan peranan dalam memastikan Data Peribadi anda selamat dan terjamin. Apabila mendaftar untuk akaun atas talian, sila pastikan anda memilih kata laluan akaun yang sukar bagi orang lain untuk meneka dan jangan sesekali mendedahkan kata laluan anda kepada orang lain. Anda bertanggungjawab untuk merahsiakan kata laluan ini dan untuk penggunaan akaun anda. Jika anda menggunakan komputer awam atau berkongsi, jangan sesekali memilih untuk mengigat alamat ID log masuk/e-mel atau kata laluan dan sila pastikan anda log keluar daripada akaun anda setiap kali anda meninggalkan komputer. Anda juga perlu mengguna pakai apa-apa tetapan atau kawalan privasi yang kami sediakan dalam Laman Web/aplikasi Kami.

Pemindahan Data Peribadi anda. Oleh kerana kami adalah perniagaan antarabangsa, Kami mungkin akan memindahkan data peribadi anda di dalam kumpulan Nestlé, dan kepada pihak-pihak ketiga seperti yang dinyatakan di Seksyen 6 di atas, tertakluk kepada tujuan yang dinyatakan di Notis Privasi ini. Atas sebab ini, kami mungkin memindahkan data peribadi anda ke negara-negara lain yang mungkin mempunyai undang-undang perlindungan dan kepatuhan data peribadi yang berlainan daripada yang terpakai di Malaysia.

Return to top

9. Hak anda

 

Akses kepada Data Peribadi. Anda mempunyai hak untuk mengakses, dan meminta maklumat salinan fizikal atau elektronik tentang anda. Anda juga mempunyai hak untuk meminta maklumat mengenai sumber Data Peribadi anda.

Hak-hak ini boleh dilaksanakan dengan menghubungi kami di:
Hubungi : Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Alamat    : Nestlé Products Sdn Bhd
Level 22, 1 Powerhouse
No. 1, Persiaran Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Atau

Borang web : http://www.nestle.com.my/contactus

Atau

Hubungi kami : 1-800-88-3433

Sekiranya permohonan untuk mengakses data peribadi dilakukan oleh orang lain bagi pihak anda, permohonan tersebut akan ditolak sekiranya tiada bukti yang menyatakan ianya dibuat bagi pihak anda. Sila maklum, sebarang identifikasi yang diberikan kepada Kami hanya akan diproses mengikut dan setakat mana yang dibenarkan undang-undang terpakai.

Hak-hak lain (cth. pengubahsuaian, pemadaman Data Peribadi). Seperti mana yang diperuntukkan undang-undang, anda boleh (i) memohon untuk memadam, membetulkan atau menyemak Data Peribadi anda; (ii) menghadkan penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda; dan (iii) membatalkan kebenaran untuk mana-mana aktiviti pemprosesan data Kami.

Sila maklum, dalam keadaan tertentu, Kami mungkin tidak dapat memadam Data Peribadi anda tanpa memadam akaun pengguna anda. Kami juga mungkin perlu mengekalkan sebahagian daripada Data Peribadi yang anda pohon untuk dipadamkan bagi memenuhi tanggungjawab undang-undang atau kontraktual Kami. Kami juga mungkin setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, mengekalkan sebahagian daripada Data Peribadi anda untuk memenuhi keperluan perniagaan Kami.

Laman web kami mempunyai ciri-ciri khusus di mana anda boleh menyemak dan mengubah Data Peribadi yang anda berikan. Sila maklum bahawa Kami memerlukan pengguna berdaftar untuk mengesahkan identiti mereka (cth., log masuk ID/alamat e-mel, kata laluan) sebelum boleh mengakses atau membuat perubahan kepada maklumat akaun mereka. Ini membantu menghalang capaian yang tidak dibenarkan ke akaun anda.

Kami berharap bahawa Kami dapat memenuhi pertanyaan anda berkenaan cara kami memproses Data Peribadi anda. Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan berkenaan pemprosesan Data Peribadi anda, anda juga mempunyai hak untuk mengadu kepada pihak berkuasa perlindungan data.

Return to top

10. Pilihan anda tentang bagaimana kami menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda

 

Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan pilihan-pilihan berkenaan Data Peribadi yang anda berikan kepada Kami. Mekanisme-mekanisme berikut memberikan anda kawalan ke atas Data Peribadi anda:

Cookies/Teknologi yang sedemikian. Anda mengurus kebenaran anda melalui (i) solusi pengurusan kebenaran Kami atau (ii) anda boleh menetapkan pelayar anda untuk tidak menerima semua atau sebahagian cookies pelayar atau memberi amaran kepada anda apabila cookies sedang digunakan. Sila lihat Seksyen 4 di atas.

Pengiklanan, pemasaran dan promosi. Anda boleh membenarkan Data Peribadi digunakan oleh Nestlé untuk mempromosikan produk-produk atau servis-servisnya dengan menandakan kotak tanda pada borang pendaftaran atau dengan menjawab soalan-soalan melalui wakil PPP kami. Jika anda memutuskan bahawa anda tidak lagi mahu menerima komunikasi tersebut, anda boleh berhenti melanggan daripada menerima komunikasi yang berkaitan pemasaran pada bila-bila masa dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam setiap komunikasi tersebut. Untuk menghentikan komunikasi berkenaan pemasaran yang dihantar oleh mana-mana medium termasuk rangkaian sosial pihak ketiga, anda boleh memilih untuk keluar pada bila-bila masa dengan melayari ke dalam laman web/aplikasi dan menghentikan langganan melalui pautan yang tersedia pada komunikasi-komunikasi kami, log masuk ke dalam Laman Web/aplikasi atau rangkaian sosial pihak ketiga dan menyesuaikan profil akaun anda dengan memadam tanda kotak berkenaan atau dengan menghubungi PPP kami. Sila maklum bahawa walaupun anda memilih keluar daripada menerima komunikasi pemasaran, anda masih boleh menerima komunikasi pentadbiran dari Kami seperti langganan atau pengesahan transaksi lain, notifikasi mengenai aktiviti-aktivti akaun anda (cth. pengesahan akaun, perubahan kata laluan, dan lain-lain), dan pengumuman-pengumuman penting lain yang tidak berkaitan dengan pemasaran.

Personalisasi (di luar dan atas talian): Seperti yang diperuntukkan undang-undang, sekiranya anda ingin Data Peribadi anda yang diberikan digunakan oleh Nestlé untuk menyediakan anda dengan pengalaman peribadi/sasaran pengiklanan & kandungan, anda boleh tandakan kotak berkaitan yang terletak pada borang pendaftaran atau dengan menjawab soalan disampaikan oleh wakil PPP. Jika anda memutuskan bahawa anda tidak lagi ingin mendapatkan manfaat daripada ini, anda boleh memilih untuk keluar pada bila-bila masa dengan melayari ke dalam laman web/aplikasi dan menyesuaikan laman keutamaan dalam profil akaun anda dengan memadam tanda pada kotak berkenaan atau dengan menghubungi PPP kami.

Sasaran Pengiklanan. Kami bekerjasama dengan rangkaian pengiklanan dan lain-lain penyedia iklan (“Penyedia Iklan”) yang menyediakan iklan bagi pihak Kami dan lain-lain syarikat yang tidak berkaitan di Internet. Sesetengah daripada iklan-iklan tersebut disediakan mengikut minat anda berdasarkan maklumat yang dikumpulkan di laman Nestlé atau laman web yang tidak berkaitan dari semasa ke semasa. Anda boleh melawat www.aboutads.info/choices untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis iklan ini, dan juga mengenai bagaimana untuk memilih keluar daripada amalan iklan berdasarkan minat daripada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam program pengawalseliaan diri Pakatan Iklan Digital (“PID”). Anda juga boleh memilih keluar daripada jenis-jenis pengiklanan ini melalui aplikasi mobil daripada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam aplikasi PID AppChoices dengan memuat turun aplikasi ini daripada iOS atau Android app store. Anda juga boleh menghentikan pengumpulan data lokasi anda daripada peranti mudah alih dengan mengakses tetapan lokasi pada peranti anda.   

Return to top

11. Perubahan pada notis ini

 

Sekiranya Kami mengubah cara Kami mengendalikan Data Peribadi anda, Kami akan mengemas kini Notis ini. Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan kepada amalan kami dan Notis ini pada bila-bila masa, sila semak dengan kerap untuk melihat kemas kini Notis Kami.

Return to top

12. Pengawal data & hubungi kami

Untuk bertanya soalan atau memberi komen mengenai Notis ini dan amalan-amalan privasi kami atau untuk membuat aduan mengenai pematuhan terhadap undang-undang privasi, sila hubungi kami di:

Hubungi : Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Alamat   : Nestlé Products Sdn Bhd
Level 22, 1 Powerhouse
No. 1, Persiaran Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Atau

Borang Web : http://www.nestle.com.my/contactus
Atau

Hubungi Kami : 1-800-88-3433

Kami akan menerima dan menyiasat sebarang aduan tentang cara Kami menguruskan Data Peribadi (termasuk aduan terhadap kesalahan Kami terhadap hak-hak anda di bawah undang-undang privasi terpakai).

 

 

Return to top