Sort by
Sort by

Dasar Privasi

English | Bahasa Malaysia

Notis Privasi e-Pengrekrutan Nestlé


Dengan menghantar permohonan, atau sebarang data peribadi kepada servis e-rekrut, anda mengesahkan dan bersetuju bahawa:

  • anda telah membaca dan memahami Notis Privasi di bawah;
  • Nestlé mungkin memproses data peribadi anda bagi tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan di dalam Notis Privasi, termasuklah bagi tujuan memproses permohonan anda untuk pekerjaan, dan bagi menentukan samaada anda layak untuk posisi yang ditawarkan dalam Kumpulan Nestlé; dan
  • Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke negara atau lokasi di mana Nestlé menjalankan perniagaan, bagi tujuan yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini.

Sekiranya anda tidak bersedia untuk memberikan persetujuan, sila hentikan segala penggunaan khidmat eRekrut ini.

---------------------------------------------------------------

Notis Privasi e-Pengrekrutan

Terima kasih kerana melawat laman web global ‘Nestlé Careers’ kami. Nestlé menghormati hak anda terhadap privasi apabila anda menggunakan laman web kami dan berhubung secara elektronik dengan kami. Notis Privasi e-Pengrekrutan ini (“Notis” ini) menerangkan jenis maklumat peribadi yang Nestlé serta syarikat gabungannya (secara kolektif, “Nestlé”, atau “kami”) boleh kumpulkan, cara kami boleh menggunakan maklumat itu, dengan siapa kami boleh berkongsi maklumat, dan pilihan yang anda boleh lakukan berkenaan penggunaan maklumat ini oleh kami. Notis ini bukanlah bersifat kontraktual dan tidak menjadi apa-apa bahagian kepada apa-apa kontrak pekerjaan atau apa-apa tawaran.

Maklumat yang mengenal pasti anda, atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu (“data peribadi” anda) boleh diproses oleh (atau bagi pihak) Nestlé, termasuk melalui perkhidmatan e-Pengrekrutan, bagi perekrutan, pekerjaan dan tujuan yang berkaitan. Kami telah melaksanakan langkah teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan data peribadi anda selamat.

Semua data peribadi yang kami simpan, termasuk data peribadi sensitif, disimpan dan diproses mengikut undang-undang perlindungan data yang terpakai dan Dasar Privasi Kumpulan Nestlé. Memandangkan undang-undang perlindungan data berbeza daripada satu negara ke negara yang lain, sila lihat juga notis privasi pada laman web Korporat Nestlé di dalam negara yang anda membuat permohonan dan juga negara yang anda tinggal.

Pengawal data peribadi anda merupakan syarikat tempatan Nestlé di dalam negara yang anda tinggal. Sila ambil maklum bahawa Nestlé S.A di 1800 Vevey, Switzerland juga memproses data peribadi anda bagi tujuan permohonan melalui perkhidmatan e-Pengrekrutan ini.
Jika anda mempunyai sebarang permintaan atau pertanyaan mengenai data peribadi anda, atau pelaksanaan hak anda di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai, sila hubungi syarikat tempatan Nestlé di negara anda atau hubungi [email protected] atau Pejabat Perlindungan Data, Nestlé S.A Tel: +41 21 924 2000.

Skop Notis ini

Notis ini terpakai untuk semua entiti Nestlé dan pihak ketiga yang boleh memproses data peribadi anda berkaitan dengan permohonan pekerjaan anda.

Undang-undang terpakai

Notis ini menyatakan tahap perlindungan yang minimum untuk data peribadi anda di seluruh dunia. Nestlé mengiktiraf bahawa undang-undang terpakai di sesetengah bidang kuasa mungkin memerlukan tahap perlindungan yang lebih ketat daripada yang dinyatakan di dalam Notis ini. Nestlé akan memproses data peribadi anda mengikut semua undang-undang dan peraturan yang terpakai. Jika undang-undang dan peraturan yang terpakai dalam suatu bidang kuasa memberikan tahap perlindungan yang lebih rendah untuk data peribadi anda daripada yang dinyatakan melalui Notis ini, maka keperluan Notis ini akan terpakai di samping undang-undang serta peraturan tersebut.

Pengumpulan data peribadi

Bagi tujuan perkhidmatan e-Pengrekrutan, kami hanya mengumpul data peribadi yang anda berikan kepada kami, atau yang diperlukan untuk kami memberikan perkhidmatan e-Pengrekrutan kami kepada anda. Anda boleh memberikan data peribadi langsung (seperti nama, alamat, e-mel dan maklumat pekerjaan anda) dengan memberikan data tersebut kepada kami. Anda boleh juga memberikan data peribadi tidak langsung (seperti maklumat cookies, sambungan dan sistem) dengan melayari laman web kami dan berhubung secara elektronik dengan kami. Anda juga boleh memuat naik dokumen seperti surat pengiring, kurikulum vitae dan surat perakuan melalui laman web ini. Sila jangan serahkan apa-apa data peribadi sensitif (seperti maklumat kesihatan, agama, fahaman politik) sebagai sebahagian daripada permohonan anda, melainkan diminta secara spesifik oleh kami.

Kategori data peribadi

Jenis data peribadi yang kami proses berkaitan dengan permohonan anda termasuk:

  • sejarah pendidikan anda;
  • sejarah pekerjaan anda;
  • butiran pampasan anda;
  • surat perakuan, maklum balas, dan apa-apa butiran lain tentang majikan terdahulu dan/atau orang lain yang anda telah minta untuk kami hubungi;
  • maklumat hubungan anda (misalnya, nama, alamat, alamat e-mel, dan nombor telefon anda);
  • alamat terdahulu dan/atau sebarang nama yang mungkin telah anda gunakan sebelumnya;
  • apa-apa maklumat tambahan yang mungkin telah anda berikan (misalnya, surat pengiring);
  • nombor rujukan pembayar cukai anda (misalnya, Nombor Insurans Negara; Nombor Keselamatan Sosial; dan lain-lain);
  • sejarah jenayah anda, setakat yang boleh diminta secara sah di bawah undang-undang terpakai; dan
  • apa-apa maklumat lain yang mungkin diperlukan berkaitan dengan permohonan anda (misalnya, pilihan bahasa).

Tujuan pemprosesan

Data peribadi anda boleh diproses bagi tujuan:

  • pemprosesan permohonan anda bagi pekerjaan;
  • menentukan sama ada anda sesuai untuk jawatan lain yang ada dalam Kumpulan Nestlé;
  • mewujudkan dan menyelenggarakan rekod pekerjaan;
  • melaksanakan penyiasatan latar belakang, jika dibenarkan oleh undang-undang terpakai;
  • melaksanakan aktiviti pemprosesan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang terpakai;
  • pelaporan (misalnya, masa untuk pemprosesan permohonan)
  • sebarang tujuan tambahan yang dinyatakan di mana-mana borang permohonan yang anda lengkapkan; dan
  • jika anda berjaya dalam permohonan anda, data peribadi anda boleh diproses berkaitan dengan hubungan pekerjaan anda dengan Nestlé, tertakluk kepada terma perjanjian pekerjaan anda.

Perekrut Nestlé di seluruh dunia mungkin boleh melihat data peribadi anda yang diproses berkaitan dengan permohonan anda. Jika suatu entiti Nestlé memproses data peribadi anda bagi tujuan di luar tujuan yang dinyatakan di dalam Notis ini, entiti yang bertanggungjawab bagi tujuan baharu itu akan memastikan bahawa:

  • tujuan baharu itu mematuhi peruntukan Notis ini secara material;
  • anda dimaklumkan tentang: (i) tujuan baharu bagi pemprosesan data peribadi anda; dan (ii) penerima, atau kategori penerima, data peribadi anda; dan
  • setakat yang dikehendaki undang-undang terpakai, kebenaran anda diperoleh sebelum memulakan sebarang pemprosesan data peribadi anda untuk apa-apa tujuan baharu sedemikian.

Data peribadi anda boleh juga digunakan untuk mentadbir, menyokong dan mendapatkan maklum balas tentang tahap perkhidmatan kami dan untuk menghalang pelanggaran keselamatan, undang-undang atau terma kontrak kami.

Pendedahan data peribadi

Nestlé boleh mendedahkan data peribadi anda kepada syarikat lain dalam syarikat Kumpulan Nestlé, Kami juga boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga (seperti pembekal perkhidmatan internet) yang membantu kami mentadbir laman web ini atau membantu kami dalam proses pengrekrutan dalam talian kami. Sesetengah pihak ketiga ini mungkin bertempat di luar bidang kuasa dari tempat anda mengakses laman web ini. Pihak ketiga ini dikehendaki oleh Nestlé, pada setiap masa, untuk memberikan tahap keselamatan yang sewajarnya bagi data peribadi anda. Mereka tertakluk kepada kontrak untuk memastikan data peribadi anda sulit dan selamat dan untuk memproses data peribadi anda hanya mengikut arahan yang spesifik daripada Nestlé.

Kami juga boleh mendedahkan data peribadi anda:

  • kepada mana-mana pihak sebagaimana dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang terpakai;
  • kepada mana-mana pihak ketiga yang kami boleh hubungi, berkaitan dengan pekerjaan atau pengambilan kerja sekarang atau dahulu, untuk mendapatkan maklum balas; dan
  • kepada bakal pembeli, sekiranya kami menjangka penjualan semua, atau bahagian yang berkaitan, perniagaan kami.

Penyimpanan data peribadi

Nestlé akan menyimpan data peribadi anda selama perlu yang munasabah bagi permohonan pekerjaan anda, dengan mengambil kira keperluan kami untuk menjawab pertanyaan atau menyelesaikan masalah dan mematuhi keperluan undang-undang di bawah undang-undang terpakai. Tertakluk kepada keperluan penyimpanan yang spesifik yang dinyatakan dalam seksyen Peraturan Khas di bawah, kami mungkin menyimpan data peribadi anda untuk tempoh maksimum 2 tahun membolehkan kami menghubungi anda sekiranya terdapat peluang pekerjaan yang sesuai pada masa hadapan. Jika anda tidak mahu dipertimbangkan untuk peluang pekerjaan pada masa hadapan, kami akan memadamkan data peribadi anda atas permintaan anda.

Sesetengah laman web kami mungkin memberikan anda peluang untuk berkongsi iklan pekerjaan dengan individu lain melalui rangkaian sosial atau melalui e-mel. Bagi memastikan keberkesanan ciri ini, kami perlu mengumpul alamat e-mel anda dan maklumat hubungan elektronik individu yang telah menerima pautan laman web daripada anda. Sebelum anda memberikan maklumat hubungan elektronik individu lain kepada Nestlé, sila pastikan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berbuat demikian. Maklumat hubungan elektronik yang dikumpulkan melalui cara ini tidak digunakan bagi tujuan lain selain daripada untuk memenuhi permintaan anda. Maklumat hubungan elektronik ini akan dipadamkan selepas 4 minggu.

Pemindahan data peribadi pada peringkat antarabangsa

Nestlé merupakan sebuah syarikat global yang menggunakan internet untuk mengumpul dan memproses data peribadi anda. Ini melibatkan pemprosesan dan pemindahan data peribadi merentasi sempadan.

Kami boleh memindah data peribadi anda kepada bidang kuasa selain bidang kuasa di tempat anda berada, tetapi kami akan melakukannya hanya bagi tujuan yang dinyatakan di dalam Notis ini. Apabila kami memindahkan data peribadi anda kepada bidang kuasa lain, kami melakukannya mengikut keperluan undang-undang terpakai.

Hak anda

Anda boleh menyemak atau menyahaktifkan profil calon anda pada bila-bila masa. Anda juga mungkin mempunyai hak-hak berikut, tertakluk kepada undang-undang terpakai:

  • hak untuk meminta akses kepada, atau meminta salinan, data peribadi anda yang diproses oleh Nestlé atau bagi pihak Nestlé;
  • hak untuk meminta maklumat berkenaan sumber data peribadi anda, jika data peribadi tersebut tidak dikumpulkan secara langsung daripada anda;
  • hak untuk meminta pembetulan pada apa-apa ketidaktepatan dalam data peribadi anda;
  • hak untuk membantah, atas alasan yang sah, pada pemprosesan data peribadi anda;
  • hak untuk meminta maklumat tentang kewujudan, dan suatu penjelasan tentang logik yang terlibat, kepentingan, dan sebarang kesan yang dijangkakan, apa-apa pemprosesan automatik data peribadi anda yang mempunyai kesan dari segi undang-undang, atau kesan yang penting, kepada anda;
  • hak untuk meminta data peribadi anda dipadamkan, atau pemprosesan data peribadi anda dibatasi kepada tujuan terhad yang tertentu;
  • hak untuk mengadu tentang pemprosesan data peribadi anda kepada Pihak Berkuasa Perlindungan Data.

Anda boleh melaksanakan mana-mana hak ini, setakat hak ini tersedia kepada anda di bawah undang-undang terpakai, dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di dalam Notis ini dan/atau menghubungi syarikat Nestlé di negara anda. Ini tidak menjejaskan hak anda mengikut undang-undang. Keputusan anda untuk melaksanakan mana-mana hak ini tidak akan menjejaskan permohonan anda, dan tidak akan dikenakan apa-apa jenis hukuman atau denda.

Peraturan Khas untuk Malaysia:

Maklumat yang dimiliki oleh pihak ketiga: Setakat yang telah anda berikan (atau akan berikan) data peribadi mengenai ahli keluarga anda, rujukan, majikan terdahulu, pasangan dan/atau tanggungan lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menjelaskan kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan diberikan kepada, dan diproses oleh kami dan anda menjamin bahawa anda telah memperoleh persetujuan mereka terhadap pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka seperti yang tertakluk dalam Notis ini.