Sort by
Sort by

Hadapi Halangan Untuk Bersenam

English | Bahasa Malaysia
 
HADAPI HALANGAN UNTUK BERSENAM

Bersenam memberi pelbagai faedah kepada tubuh termasuklah minda anda. Kombinasai diet seimbang dan senaman bersesuaian adalah lebih baik dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Tetapi...

"Saya tiada masa cukup masa" atau "Saya terlalu penat"

Ya, ianya bukan mudah terutama di peringkat permulaan. Namun, dengan corak peningkatan isu berlebihan berat badan dan obesity yang semakin meningkat. Sudah tiba masa untuk kita berdepan dengan halangan bersenam ini. Dengan itu, anda mampu atasinya dan kecapi gaya kehidupan yang lebih sihat.

Seterusnya, beberapa contoh halangan & penyelesaian yang bersesuaian:
 
HALANGAN PENYELESAIAN YANG BERSESUAIAN
"Saya ada banyak perkara yang perlu dilakukan" Rancang lebih awal. Jadikan aktiviti fizikal sebahagian agenda jadual harian anda.
"Saya rasa sangat letih apabila pulang dari kerja." Kenalpasti & rancang aktiviti fizikal mengikut kesesuaian jadual anda.
"Saya tiada teman untuk bersenam bersama" Sertai sesi berkumpulan/ jalinkan persahabatan dengan rakan-rakan yang aktif.
"Saya mungkin mengalami kecederaan" Dapatkan nasihat doktor bagaimana bersenam dengan cara yang betul serta pertimbangkan faktor usia, tahap kecergasan, kemahiran dan status kesihatan.
"Saya tidak berminat untuk belajar perkara baru" Pilih aktiviti yang tidak memerlukan kemahiran spesifik seperti berjalan pantas, menaiki tangga atau berjoging.

Ref: http://www.cdc.gov/healthyweight/physical_activity/getting_started.html

Masih tidak terlambat untuk berikan diri anda peluang nikmati kebaikan bersenam.